..

Monday, March 7, 2011

kejayaan seterusnya yang aku rangkul =)



now jam dah pukul 5:43 am !
~~akhirnya kini pasti~~pasti pe??hehe
ak dah success tok siapkan scatches ak !
**walaupun memang buruk n memalukan tp ak dapat gak siapkan..janji ciapkan  =)

terimakasih ak nk wish kat ilham coz kau sudi muncul
padaku tok siapkan asgmnt pn dalilah =)
tp maaf ye pn. coz scatches sy sgt mendukacitakan pn..
**almaklum r wat kje last minute an pahampaham je la hehe


korang nak tgk tak hasil kerja ak yg huduhh tu
mehmeh cini ak tunjuk =P
**b4 korang tgk tu gelak dulu puaspuas coz ak tgk korg tecekik bila ketawaa t =D=P=)




scatches nie bertemakan pakaian tradisional !tp dalam tiap design mesti ad lebih dari 1 elemen tradisional kaum lain..contohnya,..if scatches first bertemakan pakaian tradisional org melayu so design tu perlu dikontemperorikan dan perlu ada elemen kaum laen macan kaum cina o india..camtu la alkisahnya..sudah paham muridmurid semua =P


**mata dah pn minta direhatkan..so i mahu tidur dulu ye..daa selamat pagi semua =)

dimana kamu berada sekarang

hari ni kewangan ak makin banyak pada belah kredit !
mana taknya sakan aku gunakan tok beli alattulis baru..
kopak duit ak taw !**nampaknya pas nie kne cari kje partime..huhu
akibat tekezuut coz dr. zainal wat kiuz tanpa bgtahu awal2 
menyebabkan ak meninggalkan pencilbox ak kat ts7B
ak sedar kehilangan dia pn masa kat umh time nk mulakan mendesign
nak g kampus malas so tepaksa korban duit bli yg baru**wlpn raya korban lmbt lg tp ak dah berkorban awal..huhu



**hope esok time ak g tgk kat ts7b kau masih berada disitu !jgn g manamana taw

menarik tok dikunjungi

pasti tertawan bila melihatnya =)


macammacam cenderahati ad kat cni..
so mari samasama tgk erk
tak rugi pn if tgk =)

Saturday, March 5, 2011

hari sabtu yang penat tapi happy


aktiviti ak mgu ni sangat r dasaatt !kalah menteri wehh =P  mana tak nye jadual ak mula seawalpagi lagi..takcaya meh cini ak nk share kat korang..


6:30am=> ak bgn dari tidur !*ni harus diberitahu ye =D  ak besiapsiap tok ke bentong !ad ap ngn bentong an?? dalam kol 8 afta ak dah siap n kakak ak pn sampai amk ak tok gerak kesana..mulamula ingat dekat r an skali....adoyaiii cam g jamaica je jauhnya n naek kraemm tulangbelakang ak !**macam penah je g jamaica an hahaha..tapi serius babe jauh giler kot dah tu jalan nya belikuliku naek mual tekak ak huhu..

maaf !memang saja disengetkan bg leher yg melihat sentiasa besenam =p

2:00pm=>ble dah penat betapa kt dewan n pengantin pn dah besanding pe lagi ktorang pn caw cin caww r kan.so bemulalah pejalan pulang kami dari bentong ke kl kembali..dalam otw balik tu best giler ak melancong ke london !huhu..cane ak g ctu??cane lg if g dalam mimpi..hahaha..memang letih giler r sampai ak tidur sepanjang jalan n sedarsedar dah pn masuk kl..n b4 balik umah ktorg singgah dulu kat melawati makanmakan..perut time mmg lapar pe lagi bedal r bihun sup !tebaek waa cakap sama luu =P  bila dah kenyang baru r terus kematlamat asal..n sampailah ke setiawangsa..dah tu terus mandimandi n besiap lak g ampang tok amik sikecik kat umah kakwi..

babyboy sikecik baju biru 2 yg kena tinggal =/


4:30pm=>sampai umah kakwi n dok borakborak n amik babyboy then menyusur ke kajang !1 masalah lagi coz jalan bapak jemm **if bawak roti xde r jemm an..haha  dah r ngan ujan n jalan banjir lak 2 coz air ujan yg melimpahruah ke jalan raya =)  tp nak wat cane redah je r jemm 2 n akhirnya sampai gak..

8:30pm camtu r =>pe lagi aktiviti malam pn jalan r..pe dia??bbq n acara potongmemotong kek r..padahal bezday budak2 kecik tp mak budak yg sakan beposing potong kek..haha n rakyat lelaki suma sebok bakarbakar satay n bnde2 bbq yg len..penat tp best kot bila dah kumpul ramairamai..borak punya borak skali tgk jam dah nak kol 12 lebih..dah tu masingmasing pn dah penat n masuk dalam tgk video yg record td..*kire ulangtayang balik pe yg bejalan sepanjang acara..huahua..first tgk video cikjie nikah n pe lg masingmasing ngn gosip tesendiri **oppss tu dah mmg jadi agenda yg hebat =)






now dah kol 2:27 am=>kje ak masih taksiap lg tp sebok je masih nak belaibelai lappy ni an !haha..k r sambung esok lak coz ak nk siapkan asgmnt if tak ak maut ditimbuni keje yg belambak.. k caaww =) =/


Thursday, March 3, 2011



jam kat laptop dah menunjukkan pkl 9:05 pm..so now ak akn teruskan misi n citacita jangka pendek tok jahit baju shoalin..hope jari ak tak tejahit lagi..=) =)..kali nie kaen ak cukup kot so kebarangkalian nak jahit jari tu tak akan tejadi..hehe..k r daa =__+



**sory en. azli coz xdatang kls ari nie..n thankz kat kakdila coz sudi sign tok ktorg !hehe

Wednesday, March 2, 2011

tahniah untuk aida



ramairamai bg ucapan tahniah kepada aida !hoho perlu ke ?? =)
**eehh harus kot !! kenapa itu semua dituntut??
bukan pe tp nie 1 kejayaan n kemenangan tok ak..**yahooo =P
manakan tak nya setelah lama ak beperang ngn penyakit ni lastly 
dpt ak sembuhkan gak,,. !
persoalan mula terjah kat minda an pe penyakit tu.. 
penyakit 2 rse dah sebati kot dlm jasad ak nie !!
xde len n takbukan ialah....jeng..jeng..jeng..

penyakit
~

~


(^_^)


.:::.


 MALAS !! =D

malam ni bersaksikan kegelapan =) ak dah bejaya musnahkan penyakit 2 n mampu siapkan asgmnt PROF. JUMAAT =)..akhirnya siap gak ak ulas 3 jurnal dalam masa 3 hari..**hebat kan !haha..perasan lebih =)..(xpe perasan itu perlu)hehe..1 asgmnt lg ak dah setlekan so misi berikutnya siapkan asgmnt2 yg begunung gunung sama cam gunung everest tinggi nya tok ak siapkan b4 mgu ke 12..=(   **banyak lg xbuat... da mission will be start at 2mor0w k !!

**now time tok meraikan kejayaan ..(tidur n mimpi2 indah adalah 1 ganjaran atas kejayaan ni) =_+

Tuesday, March 1, 2011

10 petanda DIA jodoh KITA



1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

salji


please give a food to my pets ! tq =)