..

Sunday, December 4, 2011

TEORI-TEORI MOTIVASI





yeah !! siap sudah asgmnt PENGHANTAR PENGURUSAN (PPB3033)..

Tuesday, November 29, 2011

TIPS MUDAH KUMPUL DUIT UNTUK KAHWIN

sangat senang dan sangat mudah..semua tips2 ini ada terdapat dalam buku kat bawah nie..so apa tgu lagi...dapatkan buku ni cepat...


klik dcini : 

Wednesday, November 23, 2011

selamat pengantin baru



SELAMAT PENGANTIN BARU



19/11/2011 kau dah pun dapat title baru..title apa??apa lagi title BINI ORANG la..tahniah alin!! apa yang kau rancang selama nie dah pun termakbul n berjalan dengan lancarnya.. 20/11/2011 tarikh yang sgt sanntikk lagi menawan..iaitu tiba majlis sanding kau..lega rasanya bab majlis ni dah selesai..bab kitorang kat umah dah penat ngan kerenah kau n malas nak layan kau yang asyik serabut 2 je..huhu..pape pun majlis tu mmg bestt n pelamin yang sangat cantikk..bile laa turn aku lak an?? :P



**P/S--->PICTURE TU MMG SENGAJA X ROTATE..BAIK UNTUK SENAMAN LEHER DAN MATA..HUHU

Thursday, November 3, 2011

learn more

semalam xkan mampu dibawa sampai hari nie..
tapi memori tu xkan dilupa sampai hari esok mahupun bila2..
akan sentiasa aku ingat dan jadikan 1 kenangan yg terindah untuk kita !
apa yang aku nak cakap pengalaman baru tu sangat2 best...aku dapat belajar something new 4 my life.
THANKZZ <3 <3

22 tahun sudah..

aku dah tua rupanya..uuuuwaaa !!

28 oktober 2011 umur aku genap 22 tahun..sangat aku xsangka..huhu...**sebenarnye masih perasaan diri tubudak2 lagi tu yg xcye upanya umur dah 22tahun..hepy sgt bila celebrate bezday ngn family walaupun xde la grand n outstanding pun..hehe..xlupa thanks to wishing my bezday..thankz agian coz korang xlupa bezday aku..luv all.. <3 <3 <3 <3

Thursday, October 20, 2011

Bahaya Kahwin dengan Programmer


Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "

Tuesday, October 18, 2011

first time dLenggong

hai semua..



now mood nak menulis dah muncul so ak nak cite pasal peristiwa kira2 3 minggu lepas..huhu..awal bulan hari tue ak g lenggong..kat ne??mestilah kat kampung abg ak..first time tu g sane n lagi seramm FIRST TIME selama 3hari 2malam ak akan kenal2 ngn family die..(wlupun b4 nie dah pnh jmp fmly dia tp xpnh lg nk sembang2 n beramah mesra)..perjalanan nk ke sana sgt memenatkan..jauh giler kot kampung die..rse cam nak tecabut tulang temulang ak..hihi.tapi dok sane memang best coz air terjun yang sgt sejuk n indah..





bergambar di tembok kenangan ^_@
family members ABG
   
sejukk kot airnye.
abg rizal..kak sala..nurul
KAMI ^_^V

Wednesday, October 12, 2011

now,..aku nak aktifkan balik blog aku nie..
so nantikan kemunculan entry baru dengan story2 yang menarik.. ^__@

Saturday, August 6, 2011

vochelle OHh aiman

yeah !!ari ni gaji ak dah keluar..walaupun xbyk tp okeh la tu byk gak..*cam ayat hindustann je ann.huhu..yang lagi bestny ari nie ak dapat vochelle..dak aiman belanja..agk sedih gak coz kau berenti awal dari yg sepatutnya kite rancang ari tu..so tepaksa ak berenti sorg2 t..



to aiman*dak kedekut yg xnk bg taw pe fb die => mst aiman akan bce entry ni an..thankz 4 vochelle k..len ari leh belanja lagi..huhu


rasa syg nk makan..hehe


ni kwoo minn belanja..thankz yea..

Wednesday, August 3, 2011

.:: cerita ari nie ::.




ari nie kau buat ak meluat tgk muka kau..geram rasanya tgk perangai kau yg xmatang tu..xpayah la nak wat pasal benda yg xpatut..nsb bek ak still dpt sabar if x mau je tragedi bukit kepong melanda kembali..haha..hope kau mampu jadi lebih dewasa kelak...aminn =)





Wednesday, July 27, 2011

harimau vs singa

malam nie kita sume bakal saksikan peperangan atas padang diantara harimau dan singa..so kita sbg rakyat malaysia wajib untuk menonton k..huhu..nsb bek ak dapat tiket if x frust giler..dlm ms 2hari tiket boleh abz..giler an??pape pun ak xheran coz ak dah ad tket..thankz 2 alin coz carikan tiket utk ak.walaupun bukan grandstand tp xkshla janji dapat g bukit jalil.



hope team harimau malaya dpt tunjukkn yg terbaik diatas padang t walaupun tanpa shafiq rahim.


malaysia pasti menang

Saturday, July 23, 2011

single itu bosan

betul ke??sangat tepat title tu..
start ari ni n esok.,selama 2 ari ak jd single semula coz dtinggalkan oleh dia..tp bukan utk selamanya..huhu.sunyi + bosan ble dia xde kat cc ak..2hari dia g terengganu tapi ak rse cam 2tahun..tp demi perjuangan dia ak relakan..**cehh,cehh..ayat nak dramatik je an..haha.hope team dia menang esok.so ak leh tumpang bangga..**padahal ak xde kenamengena pun nak bangga2 lak an..tapi ada ak kesah pulak an !huhu.




ok now tuka topic lak k..kita story pasal bola lak..agak hapy gak la namun sedikit kecewa coz malaysia dapat score 3 gol walaupun kalah 5-3..*tapi xpe sekurang2nya xtrk sgt an..so ak ada peluang la nak g bukit jalil khamis t.huhu.

Thursday, July 21, 2011

hajat nak blk kampung termakbul jugak

tak terluah ngan kata2 bila dapat gak blk kampung walaupun hanya sehari..sangat xcukup tapi blh la utk lepaskan rindu kat kampung..setelah hampir 2bulan kot aku xblk kampung dan akhirnya dapat blk gak dengan membawa seseorang untuk dkenalkan ngan family..firstly rasa cam takut tp nsb bek semua terima.huhu.dia pun first cam takut2 tp lastly dpt biasa kan diri ngan family ak..tapi penat xhengat coz sakit badan2 bila blk kampung nek moto..rasa nak relai semua tulang temulang ak..huhu.


thankz coz dah tunaikan janji.sayang kamu <3

Thursday, July 14, 2011

kejutan

13072011

=> 1 sejarah telah tercipta dalam kamus hidup aku.



14072011

=> rasa cam 1 hukuman mandatori djatuhkan kat aku..knp ak yg dpilih utk semua nie?.tp aku xkan wt pe yg dperintahkan kat aku..ak still ngan matlamat aku utk dptkn pe yg aku nak n pastu bru leh aku dok umah..hehe

Tuesday, June 28, 2011

aku hidup lagi

dah lama xbukak blog.apatah lagi nak wat entry baru..rasa xrajin nak wat entry. pe yg aku nak share kali nie pun aku taktahu,.tapi now aku dalam mud happy n bahagia ngan dia.hope pekenalan ktorg kekal lama.dah nak masuk 2bulan ktorg knal..walaupun aku sendiri kadang2 xpaham pe yg ada kat hati dia tp lantaklah..hehe.



**malam nie nak g tgk malaysia vs taiwan kat bukit jalil..
   hope ada tiket untuk aku..


sebab mereka saya mahu ke bukit jalil..hehe

Sunday, May 22, 2011

airmata semalam

sedih +sakit hati +benci =menangis =( uuwwwaaa


kuberserah =(


tak pasal2 semalam aku menangis depan budak2 yg baru aku kenal..maluu sangat..weh perempuan kau pk kau tu dah bgs sangat ke nak sound2 aku camtu..mati hidup balik pun aku  takkan lupa apa yg kau cakap kat aku k..but aku hope kau cepat lenyap dalam dunia aku..haha.


**hope harinie aku ceria n bahagia tanpa airmata lagi..

Friday, May 20, 2011

result semester 4 baru je keluar

rasa belum sampai sebulan lagi cuti semester 4 nie but result dah pun keluar..giler cepat an !mula2 agak seram nak check coz cnfirm kena repeat paper t..but taksabar gak nak tengok result sebenar aku utk sem yg penuh mencabar tu..so aku gagahkan jugak tuk tgk..fuHH !alhamdulillah result aku ok tp still tak memuaskan bg aku coz 2paper minor aku dapat c+. sangat sedih..walaupun aku target paper tu aku kena repeat tp nasib lulus..tapi tetap sedih coz cikit sgt aku dapat tuk paper minor.. =(

terimakasih ALLAH



tapi pape pun thankz ALLAH coz pointer i still 3.++ =)

Wednesday, May 11, 2011

mencari kebahagiaan esok

selamat malam..

sekarang dah pun tengah malam tapi still mata takleh tidur lagi..ni mesti penangan kopi yg terlampau..haha mata aku jadi kebal dari tertutup akibat kau en.KOPI =D 

esok hari first aku kerja..wish me luck k =) n hope semua okok saja n hapy sepanjang tempoh aku berkhidmat..haha *ayat nak gedik je !=p


**hope aku tak mengantuk time kje t..takut lak nak lalui hari esok !hoho

Monday, May 9, 2011

kini aku muncul semula



hye !hye .. lama gak an aku sepi dari update entry2 baru.sebenarnya banyakceritaaku nak perkatakan but jari-jari aku malas nak tekan keyboard..haha.lagi t if aku tulis something takut ada hatiyg terguris n terasa lagi !huahua =D

yeah !aku dah dapat kje gak akhirnya so aku takda mengalami sindrom kebosanan terlampau sepanjang aku cuti 4bulan nie..but taktahu ah aku tahan ke tak nak kje..hehe hope aku mampu kje sampai tempoh yg dirancang..

hope gak impian aku utk jangka pendek nie tercapai..apa impian aku??sebenarnya takda ah besar mana pun impian tu cuma aku nak benda kecik nie je..dah lama sgt aku tergila gilakan dia n taksabar nak memiliki dia..sabar erk t taklama lagi akuambik kau dalam kurungan erk..hahanak tahu pe benda binatang tu..meh meh tgk ni betul2.. =D


jeng~jeng~jeng
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

(=  teng~teng~teng  =)

ni lah benda yang aku nak sgt



selangkah lagi untuk memiliki kamu =)




Wednesday, May 4, 2011

cinta??!

CINTA ITU FITRAH..................


1. Saya da jatuh hati kat die la… camne lak ni???

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32

"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas

“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar


2. Tapi saya x cukup duit laaaa nak kawin…. Huhu

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
Surah An-Nur : 33

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”. 





3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn org lain.…

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-A’raf : 128

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Alam Nasyrah : 5-6

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.

Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..

  
4. Tapi saya da syok kat dia.. I can’t live without him/her..

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Surah An-Nur : 30

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Surah Al-Jatsiyah : 18

“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari 





5. Ala.. saya bercinta bukan slalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang xpenah pon berdua-duaan…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
Musnad Ahmad

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim

 6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21 






7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!

Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami

Kesimpulan :

Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alas an untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!

Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!

Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita.. Salafusoleh telah pun berjaya, KENAPA KITA PULA TIDAK BOLEH BERJAYA SPT MEREKA???


Wallahu'alam...................

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu??

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah.. selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
"Erk.. kau betul.."





P/S: terase mcm mnrik so mai copy kt sni..untuk dikongsi bersame,kredit untuk pnulis asal~~
sharing is caring..

kesilapan wanita

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

(Sumber dari teman-teman di facebook)

Sunday, April 17, 2011

tangkai kita x kn berkurang dn x kan bertambah

aishh kenapa kau lak yg terasa wahai zulika sayang??sory ye makcik if kau rasa camtu n tq atas kata2 kau.. =) ok now aku nak jwb pe yg kau kata lak k..hee aku tak pernah pun lupa pasal pe yg dikatakan tu..but aku rasa tangkaii tu cam dah hampir layu coz myb kurang baja..semua nie jadi myb coz kita dah makin jauh atau aku yang banyak salah..maaf coz aku bukan yg terbaik dalam tangkai tu..tapi pe yang aku kata pasal kau kat belakang??..aku rasa tak pernah kot or aku hilang ingatan dah kot sekarang...aku tak pernah pun buat apa2 kebaikan rasanya coz aku pun bukan baik pun..n tq coz dah maafkan tiap pe kesalahan aku n 1benda kau harus tahu..kau takpernah wat pape salah ngn aku so takperlu mintak maaf k..aku je yang banyak salah ngan kau n banyak buat orang terasa coz aku kan jahat..ok terimakasih banyak2..



**betul kata kau aku ni tak ingat n aku ni takpernah sedar diri..
TERIMAKASIH COZ NAK KAWAN NGAN AKU =)

Wednesday, April 13, 2011

penangan kelakuan organisasi

waa malas gila nak g kelas..kol 2 nie ada presentation OB..dah last2 camnie pun prof. jumaat nak wat kelas lagi..aishh terima je lah..rasa cam takut lak bentang slide kat depan budak2 kelas jap lagi..kecut perut2 nie coz takut pe yang aku bentang tu salah lak jap lagi..tapi pape pun redha je lah..terima je apa yang bakal berlaku jap lai..huhu..k daa =)





**abiz kelas nie cadang nak balik kampung terus..wahh taksabar nak tunggu petang menjelma =)

kisah semalam

semalam rasa sakit sangat kepala..n tibe2 demam lak agaknya penangan telebih tidur tu yang sampai demam sudah..pagi tu aku share kisah kerinduan aku.elis la mangsa yang dengar cerita2 aku tu..huhu..time aku cerita tu airmata aku taktahu la banyak mana if aku kumpulkan..nak jadi kan cerita insan yang aku rindu tu cam taw2 je aku teringatkan dia..hehe..coz dalam seminggu nie byk kali dia call aku tapi aku tak angkat pun..jiwa meruntuuun bila dengar suara dia so jalan yang terbaik adalah biarkan call tu tanpa diangkat.. =/ tapi malam semalam tengah aku sakit kepala tak hengat tetiba dia call lg n cam biasa lah aku tak angkat pun..tapi demi rasa keperihatinan (sebenarnya aku pun nak tahu pe motif dia call aku)hee..aku msg dia n tanya kenapa call aku??nak tahu pe jawapan dia...dia cakap saja call nak tanya kaba berita n dia dapat call free 4 bezday..aku agak pelik kat citu coz bulan nnie bukan bezday dia pun tapi malas nak pertikaikan..lantak r citu takda kenamengena pun ngan aku..haha..time tu aku tetiba igt kisah lalu..haha berangan lagi ah =) aku cakap kat dia yang aku demam..n tak sangka dia masih caring gila cam dulu gak dan takpernah berubah pun..hehe..dia siap tanya lagi bila aku nak balik kampung n bila cuti sem..(temanya mesti dia nak jumpa aku lah tu)haha..perasan lak aku an..pape pun semalm aku dapat tidur ngan aman walaupun sakit kepala dan dalam keadaan demam..
tq kat dia coz masih igt lagi kat aku =)


Monday, April 11, 2011

rindu nak jumpa kau

hyee !menjelma lagi =)
mata dah ngantuk tapi cam malas je nak lelapkan mata....knpe aku tetiba wat tajuk entry tu erk??aku pun ngah kompius ni pk pe motif !?heehe..tapi bia lah..=P nie minggu last kuliah n mgu depan dah start exam but 1 subject pun aku tak cover lagi..canelah nak dapat 3.++ nie..aishh =/  aku baru je pagi tadi sampai tanjung malim n bila sampai2 je terus bukak portal utk tengok coursework aku..sangat sedih kot tgk markah yg aku dapat..knpe cam tak bebaloi je ngn pe yg aku wat selama sem nie??tapi malaslah nak pk lagi coz wat aku tension je..byk lagi benda lain yg aku patut pk..benda tu dah lepas pun so bek takyah nak pening2 pk an..


ok stop !lupakan semua tu.. =p
malam nie aku rasa sangat2 merindui dia..walaupun aku try utk taknak rindu tapi makin aku try makin kuat kot rindu tu datang,.. =( ejat mana kau sekarang !aku rindu giler nak jumpa kau..

/= rindu sangat2 kt abg =/



**tetiba rasa nak post lagu nie..so layan je lah erk korang2 =)


Sunday, April 10, 2011

berat badan semakin meningkat

wahh !!giler suka tahu =) aku menjerit bila timbang berat kat jusco tadi n tegok berat aku dah tambah..bukan cikit tahu tapi naik 3 kilo lebih..gila happy coz dah lama kot aku nak tambah berat badan aku n dapatkan BMI yg ideal n now 10 april 2011 aku berjaya mendapatkan berat yg ideal ngan ketinggian aku..aku siap print lagi result aku timbang tu k tapi takboleh nak upload coz lappy ni bluetooth mengalami kesengalan..tapi takpa len kali lah ye aku upload slip result berat aku tu..hehe


jom if korang tak caye meh kira sama-sama BMI tu erk..


weight : 42.6 kg
height : 152.5 cm
BMI : 18.3

amacam dah kira?? =) tapi aku akan terus berusaha ngan gigih lagi untuk dapatkan berat 45kg..hehe..patutlah now aku malas n berat je badan nak wat segala keje..ruparupanya berat aku dah tambah..=)

kegembiraan dihari ahad

DESA WATERPARK





memang tebaek ahad minggu nie..sangat happy tapi penat n letih akibat seharian suntuk berjimba..pagi2 pukul 7 kot aku dah bertolak dari kampung untuk balik selayang..gila pagi an aku bangun.. =) sampai je selayang duduk2 jap pastu terus gerak g setiawangsa ambik KAKWIN n anak2 dia n ADY then terus menuju ke destinasi yg nak ktorg tuju..sampai kat desa waterpark dalam kol 10 kot..awal an !!=P bila dah sampai pe lagi an teruslah serbu n kasi pecah kawasan tu..nasib baik tak ramai sangat manusia kat situ...memang puas hati la an bila tak ramai so boleh r main semua yang ada kat citu  ngan aman n bahagia..agak lama gak r betapa kat ctu sampai naik kecut tangan n kaki baru r berenti..dalam kol 3 petang baru lah kitorang berangkat tinggalkan kawasan tu..tu pun bila semua dah bosan main kat dalam tu n masingmasing dah lapar..cadangan mulamula nak makan kat carefour tapi bila dah sampai carefour tukar lak nak g jusco au2 coz dekat ngan umah kakwin lagi pun dapat cuci mata tengok umah kaca budakbudak AF..so makanlah kat kfc jusco AU2..sementara kakwe g order makan, aku n ady g jalan2 kat umah kaca tgk dorg ngah wat pe..time tu dorang ngah kelas ngan adlin..giler kusyuk kot masing2 dengar adlin berkatakata..tengok budakbudak AF lagi2 dak perempuan semua kecik2 n comel2..tapi aku terpegun ntergoda bila tengok sorang student af  lelaki coz muka dia gila sama ngan muka abg angkat aku..but yg bezanya muka dak af tu licin berbanding muka abg aku tu..hehee..**sory ye abg coz bukan aida nak kutuk tetapi itu adalah hakikat =D tengoklah t oneday aku tunjukkan n kita bandingkan muka dorang k..hehe..




**sangat happy bila harinie dapat makan durian..caya tak tadi aku makan durian dua biji tanpoa share ngan sapasapa. =)

Thursday, April 7, 2011

kau dah nak tunang??

wahh tak sangka an tahun depan kau dah nak tunang !so memang takda harapan lah kan nak cari yang lain..tahun depan tak lama pun lagi an kau akan tinggalkan zaman bujang..hope lebih matang n bijak memimpin keluarga kelak =) hope sentiasa bahagia menempuhi dunia baru kelak.

dunia hari ini





Guru wanita patah hidung ditumbuk pelajar

guru yang menjadi mangsa



2011/04/07

KANGAR: Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini. 

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata, seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

"Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas, guru berkenaan sedang melalui koridor sekolah apabila beliau ternampak pergaduhan itu dan cuba meleraikannya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.
Mariati dibawa ke HTF untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar. 

Menurut jurucakap itu, Mariati dipercayai cuba mengajak pelajar berkenaan ke bilik disiplin untuk dikenakan tindakan disiplin kerana bergaduh namun secara tiba-tiba pelajar tersebut menumbuk muka beliau menyebabkan hidungnya patah dan berdarah. 

Beliau mendakwa, pelajar itu pernah digantung sekolah kerana masalah disiplin tetapi dibenarkan meneruskan semula persekolahannya di sekolah sama. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu. 
Katanya, laporan pertama oleh guru wanita itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah. 

Satu laporan lagi dibuat oleh seorang pelajar tingkatan satu yang mendakwa beliau ditendang oleh pelajar yang sama dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. - BERNAMA 


**sumber dari BERITAHARIAN






==> ushh dasyat sungguh pelajarpelajar sekarang..semua dah tak hormat n takut akan guru mereka..tulah bila pelajar dah makin pandai dan dunia dah makin canggih nilah yg kita dapat..now kerjaya GURU bnyak cabarannya dan perlu tahu serta bijak menangani semua rintangan dan dugaan yg bakal ditempuhi..so pada bakal-bakal guru yg akan menggalas tanggungjawab untuk mendidik pelajar kelak haruslah kuat dari segi mental dan fizikal k..(taklupa gak khas ditujukan untuk aku hehe)

Giveaway Oleh - Oleh Dari Bandung! Siapa nak?!

jom kita join ! misztee




Syarat-syaratnya senang saja:


* Terbuka kepada semua yang ada blog dan mesti menjadi follower blog Kisah Mama Malikha 
* Buat satu entry khas dan bertajuk  "Giveaway Oleh - Oleh Dari Bandung! Siapa nak?! " , 
copy banner diatas ke dalam entry .
* Boleh tag 2 rakan untuk join..
* Last sekali, backlink kan . Senang kan!
* Tarikh tutup : 14 April 2011



Hah?? tu je kerja kita??  Siap sudah??  Senang sgt, kan.  So, pe lagi kawan-kawan, jom kita join ramai-ramai. Jom .. jom ..




Aku Bukan Untukmu













Dahulu kau mencintaiku 

Dahulu kau menginginkanku 
Meskipun tak pernah ada jawabku 
Tak berniat kau tinggalkan aku 
Sekarang kau pergi menjauh 
Sekarang kau tinggalkan aku 
Disaat ku mulai mengharapkanmu 
Dan kumohon maafkan aku 
Aku menyesal tlah membuatmu menangis 
Dan biarkan memilih yang lain 
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu 
Pasti itu terbaik untukmu 
Janganlah lagi kau mengingatku kembali 
Aku bukanlah untukmu 
Meski ku memohon dan meminta hatimu 
Jangan pernah tinggalkan dirinya 
Untuk diriku 
Sekarang kau pergi menjauh 
Sekarang kau tinggalkan aku 
Disaat ku mulai mengharapkanmu 
Dan kumohon maafkan aku 
Aku menyesal tlah membuatmu menangis 
Dan biarkan memilih yang lain 
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu 
Pasti itu terbaik untukmu 
Janganlah lagi kau mengingatku kembali 
Aku bukanlah untukmu 
Meski ku memohon dan meminta hatimu 
Jangan pernah tinggalkan dirinya 
Meski ku memohon dan meminta hatimu 
Jangan pernah tinggalkan dirinya 
Untuk diriku




Wednesday, April 6, 2011

ST12 Saat Terakhir with lyric










luahan aku untuk kamu !

annual dinner blok D











akhirnya tamat sudah annual dinner untuk sem nie..letih penat happy bahagia semua aku dapat rasakan garagara penangan annual dinner nie..tapi alhamdulillah coz berjaya gak walaupun ada lah kekurangan sedikit..**maklumlah tiada pe yang sempurna n kekurangan itu adatlah kan..tapi yang penting berjaya ditutup kelemahan yang ada..




**gambargambar time nie akan diupload pada lain hari coz saya masih dalam mud penat =P
k gudnite =)



suka bila semua ini dah berakhir =)





saat yang aku tunggu telah tiba..haha..hari nie last aku jumpa dengan kau n pasni takperlu lagi aku mengadap muka kau tiaptiap minggu..semua tu hanya akan menyakit luka kat hati aku je..aku sangat gembira bila pertemuaan last ngan kau..tapi walaupun apa yang kau dah buat kat aku,aku akan tetap kenang jasa kau yang dah mengajar aku erti kehidupan sebenar yg mana orang yang tua n dihormati tak sentiasa dan selamanya betul.. =) apa pun TERIMAKASIH atas apa yg kau curahkan kat aku selama beberapa bulan nie..pas nie aku harap aku dah takjumpa kau langsung coz aku taknak pun tengok muka kau tu lagi..=P









**entry nie aku dedicate khas untuk kau yang telah berjaya buat aku sangat benci dengan kau !TAHNIAH n TERIMAKASIH =)

Monday, April 4, 2011

mysis oh mykakak




kenapa kau sombong ngan aku r semalam..sebab kesombongan kau tu aku dah terlepas kelas bahasa manderin 1 tahu..now aku taktahu nak amik pengayaan diri pe lagi..dah lah jam kredit aku tak cukup lagi..dah tu takda subject dah dah amik untuk cukupkan jam kredit..cane nie !!!yang tinggal sekarang pun bukan subject aku so wat pe aku nak add an..wahai mysis bantulah aku lancarkan setiap yang aku mahukan dalam menentukan pemilihan subject aku untuk sem depan..




**tapi aku bersyukur coz walaupun takdapat semua yg aku mahukan tapi aku dah berjaya add 16jam kredit..

Sunday, April 3, 2011

berakhirnya misi dikalumpang

fuHHhh !! memang penat n lotehh camping nie..tp bak kata en.wan JANGAN JADIKAN PENAT ITU TOP 3 DALAM DIRI TP JADIKAN IA SEBAGAI SAMPINGAN..huhu..penat2 pun aku rasa enjoy sangat bila dapat join..ehemm !aku now dah sah jd ahli pandu puteri siswi u know =) (org lain dah lama dilantik tapi aku baru je semalam dilantik..tp ada aku kesah)haha !camping kali nie mmg jadi kenangan terindah dalam hidup aku bersama warga upsi..cehh =D ramai yang dlu aku takpernah nak tegur tapi bila kat cnie aku jd cam dah kenal lama n yg dulu aku rasa budak tu poyo tp bila dah chitchat ngan dia baru ku sedar selama nie aku salah mentafsir..so moral of da story dont jugde a bo0k by this cover k murid2 =P..tapi ada gak insan yang aku rasa baik pada hakikat bila bersama mereka selama 3harii tu baru aku tahu perangai yg sebenarnya..tapi biakanlah dorang asalkan happy ngan kehidupan mereka dan semua tu hanya DUNIA sematamata =D..aku nak upload pict2 camping tapi virus M aku melular kat 1badan..hee..so nanti2 lah if aku rajin..semalam aku sampai kat KZ dah petang dlm lebih kurang pukul 4lebih kot..sampai2 rumah aku terus basuh baju n kemas pe yang patut..gila sakit n sengal2 badan aku nie dah laa penuh calarbalar kat kaki..but ku tetap gagahkan untuk kemas brg2 aku..haha**tu menunjukkan aku nie rajin an !=P bila dah jejak kaki kat kolej aku rasa seribu macam masalah muncul dan menerjah aku..eeeeee SERABUTTT SANGAT !!masa kat kalumpang 1 asgmnt pun aku takingat but bila dah kt kolej baru aku sedar yg asgmnt aku bergantang2 lagi yang belum buat..n mulalah aku tension 1badan..hoho.. apapun aku akan try gak kurangkan ketegangan tu n jalan yg terbaik adalah buat n siapkan asgmnt satupersatu an !!=) =) ok sampai kila berjumpa lagi pada entry yg lain k..=) aku mahu siapkan tugasan aku.. =D

Friday, April 1, 2011

malam pertama dikalumpang

sekarang jam dah menunjukkan pukul 12.20..malam ni group kt0rg iaitu kump. Bunga ros kne jaga kwsn camping ni dari kol12 sampai k0l1..bosan gle nak jga bagai..bek d0k dlm khemah n tidur lg sy0k an..owh ye nak cte psl pe yg dbuat kat kalumpang sepanjang hari nie..kenangan yg indah ble masuk dlm tapak kem ni kna naik trekta..haha..lg best moment ble ptg td dpt terjun kt sungai bermandimanda..b4 bbq ad wt xtvt icebreaking..memang hapening n pening2..game yg d0rg buat memang hev0ke k.. :)

Thursday, March 31, 2011

pandu puteri




uuaawwaaa !=( esok kena g camping pandu puteri..barang satu pun tak masuk bag lagi..taktahu nak pack apa je utk camping t..pagi esok kol 9.30am dah kena berkumpul kat depan auditorium upsi..ushh malas rasanya..nampaknya esok aku tak g lagi la kelas prof. jumaat..walaupun tak jauh mana pun camping yang kitaorang akan pergi tapi tetap mud takminat..hehe..camping tu wat kat kalumpang n selama 3hari 2 malam..=) tempat tu best sebenarnya tapi mud malaz nak join..=/ nasib baik tentatif program yang dorng wat ok sangat..if nak tgk ni lah tentatif nya..




TENTATIF PROGRAM
PERKHEMAHAN PANDU PUTERI SEMESTER 2 (2010/2011)
(KUMPULAN A)



JUMAAT (1 APRIL 2011)

0930 am : Berkumpul di hadapan auditorium, UPSI
1000 am : Bertolak ke kem Pasir Putih, Kalumpang   
1030 am : Taklimat
1045 am : Mendirikan khemah
1130 am: Istiadat  Menaikkan Panji-Panji
1200 pm: Aktiviti memasak /Solat Zuhur/ Rehat
1400 pm: Ikatan Tali/ Gadget
1445 pm: Ice Breaking
1700 pm : Minum Petang
1730 pm : Solat Asar/ Rehat
            1800 pm : Makan Malam
1900 pm : Solat Maghrib/ Bacaan Al-Mathurat/ Solat Isyak
2100 pm : Barbeku
2300 pm : Bersurai




SABTU (2 APRIL 2011)


            0600 am : Solat Subuh
            0730 am : Senaman Pagi
            0800 am : Sarapan
            0830 am : Taklimat
            0900 am : Jungle Trekking
            1200 am : Makan Tengahari/Rehat/Solat Zuhur
           1400 pm : River Trekking
           1600 pm : Solat Asar/ Rehat
            1900 pm : Solat Maghrib / Bacaan Yassin/ Solat Isyak
            2100 pm : Malam Pandu Puteri
            2300 pm : Supper
            2330 pm : Bersurai

AHAD (3 APRIL 2011)

            0600 am : Solat Subuh
            0730 am : Senaman Pagi
            0800 am : Sarapan
            0830 am : Sukaneka
           1030 am : Kemas Khemah/ Bersih Kawasan Khemah
            1100 am : Majlis Perasmian Penutup
            1200 pm : Istiadat Menurunkan Panji-Panji
            1230 pm : Makan Tengahari
            1400 pm : Bersurai dan balik ke UPSI



keindahan dan ketenangan KALUMPANG =)


**hope aktiviti yg dirancang berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak dingini berlaku..
hope juga aku baikbaik sahaja masa kat sana dan sentiasa dilindungi allah =)

salji


please give a food to my pets ! tq =)