..

Thursday, April 7, 2011

dunia hari ini





Guru wanita patah hidung ditumbuk pelajar

guru yang menjadi mangsa



2011/04/07

KANGAR: Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini. 

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata, seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

"Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas, guru berkenaan sedang melalui koridor sekolah apabila beliau ternampak pergaduhan itu dan cuba meleraikannya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.
Mariati dibawa ke HTF untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar. 

Menurut jurucakap itu, Mariati dipercayai cuba mengajak pelajar berkenaan ke bilik disiplin untuk dikenakan tindakan disiplin kerana bergaduh namun secara tiba-tiba pelajar tersebut menumbuk muka beliau menyebabkan hidungnya patah dan berdarah. 

Beliau mendakwa, pelajar itu pernah digantung sekolah kerana masalah disiplin tetapi dibenarkan meneruskan semula persekolahannya di sekolah sama. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu. 
Katanya, laporan pertama oleh guru wanita itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah. 

Satu laporan lagi dibuat oleh seorang pelajar tingkatan satu yang mendakwa beliau ditendang oleh pelajar yang sama dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. - BERNAMA 


**sumber dari BERITAHARIAN






==> ushh dasyat sungguh pelajarpelajar sekarang..semua dah tak hormat n takut akan guru mereka..tulah bila pelajar dah makin pandai dan dunia dah makin canggih nilah yg kita dapat..now kerjaya GURU bnyak cabarannya dan perlu tahu serta bijak menangani semua rintangan dan dugaan yg bakal ditempuhi..so pada bakal-bakal guru yg akan menggalas tanggungjawab untuk mendidik pelajar kelak haruslah kuat dari segi mental dan fizikal k..(taklupa gak khas ditujukan untuk aku hehe)

No comments:

Post a Comment

salji


please give a food to my pets ! tq =)